Khamis, 5 November 2009

Persahabatan






Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.Kita manusia tidak akan pernah lari dari merasa sepi dan buntu pada masa-masa tertentu. Kita perlu meluahkan segala permasalahan kita dengan seseorang dan kita akan mengharapkan seseorang yang boleh mendengar dan menyokong kita.Kita akan merasa terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertalian hati bukan pertalian fikiran.Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.Bertemanlah dengan orang yang mahu berteman dengan kita tidak kira susah atau senang.seorang Sahabat akan menjaga kita.Tetapi rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
namun jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi usahlah kecewa atau menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan dan sempurna kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.Sekiranya ada sahabat yang menikam kita dari belakang atau melupakan kita , usahlah kita kecewa kerana akhirnya kita tau juga yang kita sememangnya belum lagi bertemu dengan sahabat yang serasi untuk kita , jadikan saja ianya sebuah panduan untuk kita terus menjadi kuat dan tahu menilai.

Isnin, 14 September 2009

Salam Ramadhan........


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saya ucapakan buat teman-teman blogger atau siapa sajalah yang menyambutnya...salam ramadhan dan jangan curi makan yerrr sabar tu separuh dari iman tau...saya doakan anda berjaya mengharungi cabaran nie dan dapat menikmati keindahan yang ada disebaliknya.

Selasa, 1 September 2009

pi kebun angkat padi dan memancing kat kolam.....best tapi penat gila nie....-31/08/2009 Hari Merdeka





Benda kat belakang yang saya angkat tu diberi nama dalam bahasa suku kaum Murut ialah buyung......lebih kurang satu tin setengah pagi saya angat hari tu....begagarrrr kaki turun bukit oh.....

If you think you are unhappy, look at them!


If you think your salary is low, how about her?

If you think ........................

If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?

If you complain about your transport system, how about them?







Isnin, 24 Ogos 2009

Epilog Kedukaan

Wajah itu terselindung kedukaan yang dalam
Kau wanita yang kehilangan
Teraju bahtera
Cuba menutup
Garis-garis dukamu
Menyusuri reality kehidupan
Alam berumahtangga

Kini wanita itu sendiri
Menyara anak kecilnya
Sedangkan si suami
Menabur bunga-bunga cinta
Dengan wanita jalang
Demi kepuasaan dunia
Yang penuh nafsu
Lupa kenangan silam
lupa kenangan indah
Lupa hukum akan datang...



Terasa pula nak cuba sama ada diri nie boleh jadi seorang yang jiwang dan beremosi sikitttt .....amacam ok kerrrr....entah jah lahh...janji I likeeeeeeee

Wajah Derita (Puisi )

Garis-garis derita
jelas terpancar disebalik wajah yang sering berselindung
pada kuntum-kuntum senyuman
namun dalam jiwanya bergolak
hatinya dicakar
parahhhhh bermandikan api
yang sukar ditafsirkan
hari-hari yang mendatang digagahi jua
untuk insan yang tertinggal
jiwanya sentiasa pasrah
agar terbit sinar bahagia
menapis wajah derita...


Puisi niee saya buat khasss buat mama saya....semoga mama saya sentiasa kuat...sayangggggggg mama....hahh naik bulu tengkuk sendiri... bila taip mcm tuuu...tapi ikhlasssssssss

My sibling

enjoyyyy waktu adik Andy Konvo....










Rabu, 19 Ogos 2009

Cantik tapi bahayaaaa












nie lah jalan kimanis...curam gilaaaa tauuu... masa nie ada kereta orang yang tak dapat naik bukit so bos kita orang menawarkan lah bantuan hehehe..kami dengan senang hati pun mengambil kesempatan dengan menikmati keindahan alam kat sana sambil2 tu tangkap gambar nie....cantik sangattttt

GARFIELD




HAHHHH yang nie pula ramai kawan2 saya yang minat sangat...comelll ..tapi saya tak lah suka sangat kucing nie pemalas lah...Komik ini dilancarkan pada tahun 1978...saya belum lahir lagi.huhuhu tapi cerita nie kira lawak juga lah.

SUPERMAN

Tahukah anda semua bahawa komik pertama Superman adalah pada tahun 1938 keluaran Action comics.
waw....dah lama kannn



1938 KELUARAN PERTAMA







MASA KINI

Isnin, 3 Ogos 2009

Gambar Kenangan sewaktu Expo "Belilah Barangan sabah"






Penyertaan amat baik dan terdiri daripada peniaga / usahawan seluruh Sabah. Walaupun H1N1 semakin membimbangkan namun Expo ini masih mendapat sambutan. Program seumpama ini haruslah di beri sokongan dan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jumaat, 24 Julai 2009

Bestttttttt




Sekarang nie saya tengah syokkkkk gila dengan laman web nie http://www.onemanga.com/.Best tau....hingga merah biji mata kerana tak sanggup meninggalkan komputer. Bagi peminat komik seperti saya.. jom lah join sama. Banyak komik terkini dan lama di dalamnya.Antara komik yang boleh dibaca ialah

1. Beach Stars (best tahap dewa)
2. AAA (lawak nyer tapi comel)
3. 07 Ghost (tak bikin takut n best)
4. Beast Master (baca sekali pasti nak ulang romantikkkkk gilaaa lah, saya paling suka pelukis komik nie...handsome n cute)
5. Fushigi Yuugi Genbu Kaiden ( sedih tapi menarik tak sabar tunggu sambungan)
6. Natsume Yuujinchou (best)
7. Naruto (semua mesti minat nie)

dan macam-macam lagi lahhh.

ASAL-USUL NAMA PENSIANGAN / NAME ORIGIN PENSIANGAN



Asal-usul nama Pensiangan ini telah terjadi hasil daripada pertemuan atau percantuman dua batang sungai yang mengalir. Percantuman atau pertemuan ini membawa kepada terjadinya nama " PENSIANGON" dalam panggilan Bahasa Murut. Suku kaum murut dahulu sebilangannya tinggal dipinggir kuala dan batang sungai yang mengalir ini. Mereka membuat pondok-pondok di pinggir sungai tersebut sebagai tempat kediaman mereka.

Apabila sudah sekian lama tinggal dikampung ini maka tibalah penjajah Borneo disitu. Penjajah ini dikenali " Chartered Company". Seorang daripada Ketua Cartered Company tersebut bertanya berkenaan dengan nama kampung tersebut, lalu penduduk kampung tersebut memberitahu bahawa kampung ini dipanggil "Pensiangon". Sebaik saja perkataan itu didengar oleh Ketua Chartered Company tadi, maka ia memanggil nama Pensiangon menjadi Pensiangan. sehingga kini Pensiangan adalah dikenali dimerata dunia dan dalam Peta bahawa daerah Pensianganlah yang digunakan. Manakala nama Nabawan adalah sebagai pusat pentadbiran dan ianya sebagai pekan Nabawan dalam daerah Pensiangan.

Pensiangan name's origin this have occurred resulted as meeting or merger two rivers which flowed. This merger or meeting lead to occurence of name " PENSIANGON" in Bahasa Murut call. Murut tribesman once living at edge river mouth and stem which flowed this. They make kiosks in that river bank as their residence.

Selasa, 21 Julai 2009

Memberrrrrr


kawan tahap nak mampusssssss
ayulah kunun tembiranggg. First time saya bergambar mcm nie ,huhuhu huduh tahap bakakai suda, tapi tida apa terima kanyatan juga saya.Tapi nie lah 2 ekor geng yang selalu boleh dibuli kat tempat kerja. hehehe sebenarnya langsung tak boleh dibuli serius tahap dewa dan best kalau buat kawan.