Isnin, 24 Ogos 2009

Epilog Kedukaan

Wajah itu terselindung kedukaan yang dalam
Kau wanita yang kehilangan
Teraju bahtera
Cuba menutup
Garis-garis dukamu
Menyusuri reality kehidupan
Alam berumahtangga

Kini wanita itu sendiri
Menyara anak kecilnya
Sedangkan si suami
Menabur bunga-bunga cinta
Dengan wanita jalang
Demi kepuasaan dunia
Yang penuh nafsu
Lupa kenangan silam
lupa kenangan indah
Lupa hukum akan datang...



Terasa pula nak cuba sama ada diri nie boleh jadi seorang yang jiwang dan beremosi sikitttt .....amacam ok kerrrr....entah jah lahh...janji I likeeeeeeee

Wajah Derita (Puisi )

Garis-garis derita
jelas terpancar disebalik wajah yang sering berselindung
pada kuntum-kuntum senyuman
namun dalam jiwanya bergolak
hatinya dicakar
parahhhhh bermandikan api
yang sukar ditafsirkan
hari-hari yang mendatang digagahi jua
untuk insan yang tertinggal
jiwanya sentiasa pasrah
agar terbit sinar bahagia
menapis wajah derita...


Puisi niee saya buat khasss buat mama saya....semoga mama saya sentiasa kuat...sayangggggggg mama....hahh naik bulu tengkuk sendiri... bila taip mcm tuuu...tapi ikhlasssssssss

My sibling

enjoyyyy waktu adik Andy Konvo....










Rabu, 19 Ogos 2009

Cantik tapi bahayaaaa












nie lah jalan kimanis...curam gilaaaa tauuu... masa nie ada kereta orang yang tak dapat naik bukit so bos kita orang menawarkan lah bantuan hehehe..kami dengan senang hati pun mengambil kesempatan dengan menikmati keindahan alam kat sana sambil2 tu tangkap gambar nie....cantik sangattttt

GARFIELD




HAHHHH yang nie pula ramai kawan2 saya yang minat sangat...comelll ..tapi saya tak lah suka sangat kucing nie pemalas lah...Komik ini dilancarkan pada tahun 1978...saya belum lahir lagi.huhuhu tapi cerita nie kira lawak juga lah.

SUPERMAN

Tahukah anda semua bahawa komik pertama Superman adalah pada tahun 1938 keluaran Action comics.
waw....dah lama kannn



1938 KELUARAN PERTAMA







MASA KINI

Isnin, 3 Ogos 2009

Gambar Kenangan sewaktu Expo "Belilah Barangan sabah"






Penyertaan amat baik dan terdiri daripada peniaga / usahawan seluruh Sabah. Walaupun H1N1 semakin membimbangkan namun Expo ini masih mendapat sambutan. Program seumpama ini haruslah di beri sokongan dan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.