Ahad, 19 Ogos 2012

Rabu, 11 Julai 2012

Rose

Nama memang memainkan peranan penting tidak kira manusia,tumbuhan, binatang mahupun benda...melalui nama kita dapat mengenal benda dengan lebih tepat....begitu juga dengan nama manusia...
saya sertakan makna nama bunga Rose...manalah tau ada yang berminat nak bagi nama baby dengan sempena nama bunga niee...macam saya juga...

Rose, Bridal: Happy Love


Rose, Carolina: Love Is Dangerous

Rose, Christmas: Peace and Tranquility

Rose, Coral/Orange: Enthusiasm, Desire

Rose, Dark Pink: Thank you

Rose, Light Pink: Admiration

Rose, Musk: Capricious Beauty

Rose, Pale: Friendship

Rose, Peach: Let’s get together, Closing of the deal

Rose, Pink: Love, Grace, Gentility, You’re so Lovely, Perfect Happiness, Please believe me

Rose, Pink & White: I love you still and always will

Rose, Red: Love, Desire, Respect, Courage, Job well done

Rose, Red & Yellow: Congratulations

Rose, White: Charm, Secrecy, Silence, You’re Heavenly, Reverence, Humility, Youthfulness and Innocence

Rose, White on Red: Unity/Flower Emblem of England

Rose, Yellow: Infidelity, Joy, Gladness, Friendship, Jealousy, Welcome Back, Remember me

Rose, Yellow & Orange: Passionate thoughts

Selasa, 31 Januari 2012

Bila diri tidak bernilai lagi....




Bila kita rasakan diri kita tidak bernilai dan berguna
janganlah cepat membuat keputusan yang akan membuat kita menyesal
kerana kita sebenarnya bernilai kepada seseorang tanpa kita sedar
Dan jangan sesekali kita menyesali siapa diri kita
Tetapi menyesallah dengan perbuatan dan kesilapan kita....

Rabu, 25 Januari 2012

Sahabat ...............





Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Wahai Sahabat bila kau jatuh ingatlah ada aku di sini
Wahai sahabat bila kau sedih ingatlah ada aku di sini
Wahai sahabat bila kau rasa didustai ingat ah ada aku di sini
Wahai Sahabat bila kau dilukai ingat lah ada aku di sini
Wahai sahabat bila kau rasa terpinggir ingatlah ada aku di sini
Wahai sahabat bila kau sakit ingatlah ada aku di sini
Wahai sahabat bila kau susah ingatlah ada aku di sini
wahai sahabat bila kau rasa kosong ingatlah ada aku di sini
Wahai sahabat bila kau menangis ingatlah ada aku di sini
bila kau jatuh aku bangunkan kau semula
bila kau sedih aku hiburkan kau
bila kau didustai aku pulihkan kepercayaan kau semula
bila kau dilukai aku sapu luka mu
bila kau terpinggir kan ada aku
bila kau sakit aku cari ubatnya
bila kau susah kita cari penyelesaiannya bersama
bila kau rasa kosong kau ingatlah aku
sahabat jangan kau menangiss...
kuatkan semangat mu
ingatlah bahawa sahabat yang paling baik adalah diri mu sendiri
yang tahu berfikir dan menilai perkara yang terbaik untuk diri sendiri
sayangi lah diri kita terlebih dahulu sebelum orang lain

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia.

Sendirian lebih baik daripada bersahabat dengan orang jahat, dan bersahabat orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Ahad, 22 Januari 2012

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, pasti dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, pasti dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, pasti dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

"Kerana sahabat, kita bahagia tetapi sahabat juga boleh menjahanamkan kita."

Luka dan kecewa

Luka terhiris di kulit pedih rasanya
Nampak berdarah…
Luka di hati sakitnya sampai menusuk jauh ke dalam kalbu…
Sesiapa yang pernah merasa pasti faham akan kesakitannya
Sakit sekali umpama terbakar,terpanggang,hangus,panas
Sakit ibarat ditusuk beribu tombak,berkali-kali, dari dada tembus ke belakang
Sakit tapi tak dapat mati
Sakit yang membawa sangsara di jiwa, di batin dan di akal
Rasa tidak berguna
Rasa terpedaya
Rasa terhina
Rasa tertipu
Rasa marah
Rasa sedih
Rasa kosong
Rasa gila
Rasa Mahu MATI

Apa kabar?

Apa kabarrrr?
lama tak bergiat semula di laman maya nie...rasa jangal lah pula.macam budak baru belajar menulis hehehe...apa2 pun selamat ketemu semula...