
Nahh.....ini gambar baby saya....dalam peruttt hehehehe.....yang terkini .Waktu 8 bulan 2 minggu...
Bagi mereka yang sedang hamil, pasti akan mengalami sakit belakang dan rasa sakit ini paling ketara di peringkat akhir kehamilan seperti yang saya alami sekarang....
Masalah sakit belakang terjadi kerana kandungan yang sedang membesar turut memberi tekanan kepada tulang belakang yang perlu menanggung beban yang berat.
Anda boleh cuba tips berikut bagi mengurangkan rasa sakit dan sama2 lah kita cuba amalkan :
1. Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
2. Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
3. Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda.