Isnin, 24 Januari 2011

Pening...pening.....


Aduhhh saya peningglah hari nie....
Rasa sakit kepala boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia ataupun waktu. Kadangkala, anda sendiri tak pasti apakah punca sebenarnya. Tiba-tiba kepala ni terasa pening. Nak kata lapar, bukan jugak. Baru jaa lepas menjamu selera tadi.

Bagi mengelakkan sakit kepala kita perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:
1. Fikiran yang kusut.
2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.
3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" |(terlebih mau begaya...)
4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.
5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.
6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.
7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak....palisssssssss. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

aduhhh sekarang penyakit lain pula....sakitttt dada...ini mau cari tipsss lain pula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan